DUA puluh empat orang orang maut dipanah petir semasa ribut monsun di timur India, kata pihak berkuasa semalam.
Kejadian berlaku di Bihar, yang dilanda cuaca buruk sejak Rabu.
Kebanyakan mangsa adalah petani dan buruh, menurut pihak berkuasa.
Jabatan pengurusan bencana Bihar berkata seramai sebelas orang maut di beberapa bahagian di negeri itu pada Jumaat, tambahan kepada 13 kes dalam tempoh dua hari sebelumnya.
Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda beberapa bahagian di Bihar pada Isnin.
Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan hampir 2,900 orang maut dipanah petir di India pada 2019. – AFP, 4 September, 2022.
Komen