TIGA wanita dalam kalangan 49 askar Gading yang ditahan sejak Julai di Mali yang dituduh sebagai askar upahan dibebaskan, kata pegawai Mali, Pantai Gading dan Togol semalam.
Rundingan sedang dijalankan bagi membebaskan askar yang lain, kata Menteri Luar Togo Robert Dussey.
“Saya ingin mengumumkan presiden peralihan Presiden Assimi Goita dari Mali bersetuju untuk meneruskan pembebasan beberapa banduan,” kata Dussey kepada pemberita di Lome, ibu kota Togo.
Beliau bercakap bersama Menteri Luar Mali Abdoulaye Diop dan pengarah kabinet Ivory Coast Fidele Sarassoro.
Ketiga-tiga askar Ivory itu hadir dalam pakaian seragam.
“Perbincangan sedang dijalankan bagi memastikan askar lain dalam tahanan dapat dibebaskan sepenuhnya,” tambah Dussey.
Presiden Togol Faure Gnassingbe bertindak sebagai orang tengah dalam pertikaian yang mencetuskan krisis diplomatik antara Mali yang diperintah oleh tentera dan jirannya di Afrika Barat.
Kenyataan daripada Pendakwa Raya Mali Samba Sissoko semalam berkata majistret yang bertanggungjawab dalam kes itu meluluskan permintaan untuk pembebasan tiga askar dan pengguguran pertuduhan terhadap mereka. – AFP, 4 September 2022.
Komen