Tentera AS bantu Pakistan yang dilanda banjir


Hujan monsun yang menenggelamkan satu pertiga daripada Pakistan, meragut sekurang-kurangnya 1,190 nyawa sejak Jun dan mengakibatkan banjir besar. – Gambar EPA, 3 September, 2022.

AMERIKA Syarikat sedang menjalankan misi bantuan ketenteraan ke Pakistan yang kini musnah dilanda banjir, kata Komando Pusat Angkatan Tentera AS semalam.

“CENTCOM menghantar pasukan penilai ke Islamabad untuk menentukan sokongan berpotensi DoD (Jabatan Pertahanan AS) boleh berikan…sebagai sebahagian daripada bantuan Amerika Syarikat kepada krisis banjir di Pakistan,” kata jurucakap Kolonel Joe Buccino dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat susulan perbualan telefon pada Khamis antara komander CENTCOM Jeneral Erik Kurilla dan Panglima Tentera Darat Pakistan, Jeneral Qamar Javed Bajwa, kata jurucakap itu.

Amerika Syarikat adalah pembekal senjata utama kepada tentera Pakistan tetapi hubungan antara kedua-dua negara sering bergolak. 

Pembunuhan pada 2011 di utara Pakistan oleh tentera AS yang disyaki pengganas utama Osama bin Laden yang berlindung berhampiran kompleks tentera menyebabkan perpecahan antara Islamabad dan Washington.

Tetapi sejak pengunduran Amerika dari Afghanistan setahun yang lalu Amerika Syarikat berusaha mengukuhkan hubungan.

Hujan monsun menenggelamkan satu pertiga daripada Pakistan, meragut sekurang-kurangnya 1,190 nyawa sejak Jun dan mengakibatkan banjir besar yang menghanyutkan sebahagian besar tanaman penting dan merosakkan atau memusnahkan lebih sejuta rumah. – AFP, 3 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen