RATUSAN anggota bomba bertarung nyawa dalam suhu tiga digit semalam untuk memadamkan kebakaran hutan di sepanjang lebuh raya utama, ketika barat Amerika Syarikat (AS) itu dilanda cuaca terlalu panas.
Pesawat Super Scooter digunakan untuk menyiram air di kawasan seluas 5,000 ekar terutama di Los Angeles, California.
Tujuh anggota bomba terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dalam usaha mereka mengawal api di tempat kejadian.
Kebakaran teruk berlaku ketika sebahagian Nevada dan Arizona turut mengalami suhu tinggi melampau.
Suhu panas dijangka berlangsung sepanjang minggu lepas hingga minggu depan, termasuk di kawasan padat penduduk sekitar Los Angeles. – AFP, 2 September, 2022.
Komen