Pejabat Persekutuan Bola Sepak Turkiye ditembak


BEBERAPA penembak melepaskan tembakan di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Turkiye ketika ahli lembaga pengarah sedang mengadakan pertemuan, kata pihak berkuasa.

Tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.

Dua suspek ditahan tidak lama selepas insiden itu, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu yang menyifatkan suspek mabuk.

Sebanyak 11 das tembakan dilepaskan dan menteri berkata siasatan sedang dijalankan.

Agensi berita DHA berkata tembakan dilepaskan ke arah pejabat presiden persekutuan dan bilik mesyuarat di tingkat bawah.

Menurut laporan media mesyuarat ahli lembaga pengarah persekutuan sedang diadakan ketika tembakan dilepaskan.

“Kami terus meniarap sebaik saja mendengar bunyi tembakan,” kata Hamit Altintop, salah seorang pemimpin persekutuan. – AFP, 2 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen