3 mati penyakit misteri di Argentina


Tiga individdu maut minggu ini di Argentina akibat sejenis penyakin pneumonia yang tidak diketahui asalnya, kata pihak berkuasa. – Gambar fail EPA, 2 September, 2022.

INDIVIDU ketiga maut minggu ini di Argentina akibat sejenis penyakin pneumonia yang tidak diketahui asalnya, kata pihak berkuasa.

Sembilan individu di wilayah Tucuman mengalami penyakit pernafasan yang misteri, termasuk lapan kakitangan perubatan di sebuah klinik swasta, kata Menteri Kesihatan Tucuman Luis Medina Ruiz.

Tiga – dua daripadanya kakitangan perubatan dan juga pesakit di klinik itu – meninggal dunia setakat ini.

Pihak berkuasa menjalankan ujian tetapi Media berkata ia bukan Covid-19, flu, influenza jenis A dan B, penyakit bakteria atau hantavirus bawaan tikus.

Sampel dihantar ke Institut Malbran di Buenos Aires.

Mangsa terbaru ialah wanita berusia 70 tahun yang dimasukkan ke klinik itu untuk menjalani pembedahan.

Media berkata wanita itu mungkin bukan pesakit pertama tetapi mangsa sedang dikaji.

Seorang kakitangan kesihatan menjadi mangsa pertama maut akibat penyakit misteri itu di klinik berkenaan pada Isnin, dan mangsa kedua maut dua hari kemudian.

Enam pesakit mula menunjukkan gejala antara 18 dan 23 Ogos.

Media berkata pada Rabu pesakit terbabit diserang masalah pernafasan yang teruk, hampir serupa dengan Covid.

Gejala lain termasuk muntah, demam panas, cirit-birit dan sakit badan.

Daripada enam pesakit, empat dikategorikan serius dan dua lagi menjalani isolasi di rumah.

Semua kakitangan perubatan di klinik itu pada masa ini sedang dipantau. – AFP, 2 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen