KIRA-KIRA 21 juta penduduk di Chengdu, China diarahkan menjalani perintah berkurung bermula semalam susulan tercetusnya wabak Covid-19 baharu.
China adalah ekonomi utama dunia yang mengekalkan dasar Covid sifar, meneruskan perintah berkurung, ujian besar-besaran dan kuarantin bagi tempoh panjang.
Chendu di barat daya China menjadi bandar terbaru dikenakan perintah berkurung, di mana pihak berkuasa mengarahkan penduduk kekal berada di dalam rumah bermula 6 petang semalam bagi memerangi gelombang baharu jangkitan.
Hanya seorang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar membeli barangan makanan dan keperluan penting, dengan syarat mereka diuji negatif Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Menurut notis pihak berkuasa semua penduduk akan menjalani ujian saringan virus itu antara Khamis hingga Ahad ini dan menggesa mereka tidak keluar dari bandar ini.
Chengdu melaporkan 157 kes jangkitan baharu semalam, di mana 51 daripadanya tidak bergejala.
Pembuat kereta Sweden, Volvo berkata perintah berkurung itu menyebabkan lojinya di Chendu terpaksa di tutup sementara, menjejaskan hampir 3,000 pekerja. – AFP, 2 September, 2022.
Komen