Cubaan Rosmah singkir hakim gagal


Ravin Palanisamy

Usaha Rosmah Mansor untuk singkirkan hakim Mohamed Zaini Mazlan daripada pendengaran kesnya gagal.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 September, 2022.

ROSMAH Mansor gagal dalam usahanya untuk melucutkan kelayakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar dan membuat keputusan mengenai perbicaraan hibrid solarnya bernilai RM1.25 bilion.

Hakim menolak permohonan itu selepas mempertimbangkan hujahan daripada peguam bela utama Rosmah, Jagjit Singh.

“Dua dokumen itu adalah pendapat Unit Penyelidikan Mahkamah KL. Mereka tidak menghakimi saya dan tidak dilakukan atas arahan saya. Mereka hanya kekal sebagai pendapat.

“Saya harap jabatan penyelidikan menerima permohonan maaf saya tetapi saya tidak membaca pendapat itu. Saya buat kajian sendiri.

“Saya selalu melakukan kerja saya dengan susah payah. Saya menulis sendiri lebih daripada 200 penghakiman setakat ini sendiri.

“Semua orang boleh membuat pendapat mereka sendiri tetapi pada penghujung hari, satu-satunya pilihan yang penting ialah saya sendiri. Itu akan menjadi asas kepada keputusan saya,” katanya.

Zaini berkata, ramai yang tidak menyedari betapa sukarnya pekerjaan mereka.

Beliau berkata mereka tidak berada di sana untuk menjadi popular atau membuat keputusan popular.

Beliau juga berkata beliau tidak mempunyai sebarang prejudis terhadap Rosmah dan semua keputusan untuk menolak permohonan itu dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang.

“Saya tidak mempunyai prejudis terhadapnya.

“Keputusan kesnya adalah berdasarkan fakta dan undang-undang.

“Apa pun perasaan peribadi, kami tinggalkan di luar pintu,” katanya.

Pada Selasa, peguam Rosmah memfailkan permohonan pada saat akhir untuk Zaini menarik diri melalui Tetuan Akberdin & Co.

Dalam permohonan yang dilihat oleh The Malaysian Insight, Rosmah berusaha untuk menyingkirkan Zaini berhubung dokumen yang dibocorkan kepada akhbar, yang kononnya mengandungi penghakiman bertulis Zaini dalam kes itu.

Beliau pada mulanya bersedia untuk menyampaikan keputusannya mengenai perbicaraan kes rasuah solar pagi ini.

Awal hari ini, Zaini menolak permohonan Jagjit untuk penangguhan sementara menunggu siasatan dan penghujahan mengenai perkara ini.

Zaini menegaskan hujahan itu akan didengar hari ini, dengan menyatakan pihak pembelaan telah mengemukakan sijil perakuan segera berserta permohonan itu. – 1 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen