TOKOH pembangkang Kemboja Sam Rainsy akan dibawa ke mahkamah Perancis hari ini dalam pertuduhan kes fitnah yang dikemukakan pihak berkuasa di tanah airnya.
Rainsy, 73, menjadi sasaran dua aduan berasingan oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Send an menantu lelakinya dan timbalan ketua polis negara Dy Vichea berhubung satu hantaran di Facebook pada 2019.
Hun Sen membantah tuduhan Rainsy yang beliau dalang nahas helikopter pada 2008 membabitkan kematian ketua polis negara pada masa itu Hok Lundy, yang juga bapa Dy Vichea.
“Hun Sun bunuh Hok Lundy guna bom yang diletakkan di dalam helikopternya,” kata Rainsy di Facebook.
Pemimpin kerajaan Kemboja itu membunh Hok Lundy kerana mangsa tahu terlalu banyak tentang salah laku Hun Sen, katanya.
Dy Vichea mengemukakan kes kedua terhadap Rainsy berhubung satu lagi hantaran di Facebook pada 2019, yang turut akan didengar hari ini.
Hakim mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum menyampaikan keputusannya. – AFP, 1 September, 2022.
Komen