3 polis Kanada didakwa tembak kanak-kanak


TIGA pegawai polis Kanada didakwa atas tuduhan membunuh susulan kematian seorang kanak-kanak berusia 18 bulan dalam satu insiden tembakan di Ontario pada 2020, kata pihak berkuasa.

Jameson Shapiro meninggal dunia di Kawartha Lakes, kira-kira 100km utara Toronto, pada 26 November, 2020 ketika polis berbalas tembakan dengan bapanya.

Shapiro berada di dalam trak pikap bapanya ketika ditembak, dan maut di tempat kejadian.

Kes itu mendapat liputan meluas di Kanada, di mana insiden berkaitan senjata api hanya kurang 3% daripada keseluruhan kes jenayah keganasan di negara itu.

“Pengarah Unit Siasatan Khas Joseph Martino percaya tiga pegawai polis Ontario itu melakukan kesalahan jenayah berkaitan kematian Jameson Shapiro yang berusia 18 bulan,” menurut kenyataan agensi bebas persekutuan.

“Oleh itu, Martino mengenakan pendakwaan terhadap setiap pegawai polis terbabit.”

Mereka didakwa melakukan pembunuhan dan kecuaian jenayah hingga menyebabkan kematian.

Agensi itu dimaklumkan pegawai polis terbabit diberitahu bapa dan anak lelakinya melarikan diri secara haram dan kenderaan mereka dikesan sebelum ia cuba disekat.

Bapa Shapiro, lelaki berusia 33 tahun cedera parah dalam insiden berbalas tembakan itu dan meninggal dunia di sebuah hospital beberapa hari kemudian. Seorang pegawai turut cedera parah dalam kejadian itu.

Ketiga-tiga pegawai polis terbabit akan dibawa ke Mahkamah Ontario pada 6 Oktober. – AFP, 1 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen