KKM lapor 2,340 kes baharu Covid-19, 6 kematian


Seramai 1,301 pesakit Covid-19 dirawat di hospital, dengan 27 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 September, 2022.

SEBANYAK 2,340 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,744,543 kes sejak pandemik melanda.

Kuala Lumpur paling tinggi catat angka harian tertinggi semalam iaitu 537 kes, diikuti Selangor (492) dan Perak (260).

Semalam juga sebanyak enam kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan, dengan satu daripadanya berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini 36,216 orang, menurut data KKM.

Dua kes kematian Covid-19 direkodkan masing-masing di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, manakala satu kes masing-masing di Kedah dan Selangor.

Setakat ini seramai 1,301 pesakit Covid-19 dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 27 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 42 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 1 September, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen