Kes cacar monyet kini lebih 50,000, kata WHO


Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata wabak cacar monyet boleh dihentikan. – Gambar EPA, 1 September, 2022.

JUMLAH kes cacar monyet di seluruh dunia kini lebih 50,000, menurut angka rasmi dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu, walaupun penularan wabak itu semakin perlahan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Setakat ini sebanyak 50,496 kes dan 16 kematian direkodkan.

WHO mengisytiharkan wabak cacar monyet kecemasan kesihatan global pada Julai lalu.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media semalam berkata wabak cacar monyet boleh dihentikan.

“Di benua Amerika, yang menyumbang lebih separuh kes dilaporkan, beberapa negara terus masih catat peningkatan jumlah jangkitan, manakala menurun di Kanada,” katanya.

“Penularan juga perlahan di sesetengah negara Eropah termasuk Jerman dan Belanda, menunjukkan keberkesanan tindakan pihak berkuasa kesihatan serta penglibatan masyarakat dalam mengesan dan mencegah penularan.

“Tanda-tanda ini mengesahkan apa yang kami tegaskan sejak awal lagi, bahawa dengan kaedah dan langkah yang betul wabak ini boleh dihentikan,” tambahnya.

Lonjakan jangkitan cacar monyet dilaporkan sejak awal Mei di luar Afrika Tengah dan Afrika Barat yang mana penyakit itu telah lama menjadi endemik. Hampir semua pesakit adalah lelaki.  – AFP, 1 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen