Qatar bakal bina loji ammonia biru terbesar dunia


Menteri Tenaga Qatar Saad al-Kaabi berkata loji tersebut akan menelan kos AS$1.2 bilion dan dijangka mula beroperasi pada 2026. – Gambar AFP, 1 September, 2022.

QATAR semalam umum akan membina loji ammonia biru terbesar di dunia.

Ammonia biru disebut-sebut sebagai sumber tenaga lebih bersih yang bebas karbon.

Menteri Tenaga Qatar Saad al-Kaabi berkata loji tersebut akan menelan kos AS$1.2 bilion dan dijangka mula beroperasi pada 2026.

Syarikat tenaga negara itu, Qatar Energy, berkata loji terbesar di dunia itu akan mengeluarkan 1.2 juta tan ammonia setahun. 

“Berdasarkan pemerhatian kami terdapat permintaan meningkat terhadap ammonia sebagai bahan api, didorong oleh keperluan untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam ekosistem tenaga,” kata Saad, yang juga ketua pegawai eksekutif Qatar Energy.

Ammonia biasanya digunakan sebagai baja, namun berpotensi untuk digunakan sebagai bahan api bebas karbon.

Jepun juga telah pun mengkaji penggunaan ammonia untuk menjana tenaga elektrik. – AFP, 1 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen