SEBANYAK 2,141 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4.78 juta kes sejak pandemik melanda.
Kuala Lumpur paling tinggi catat angka harian tertinggi semalam iaitu 462 kes, diikuti Selangor (419) dan Sabah (220).

Semalam juga sebanyak empat kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan, dengan satu daripadanya berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini 36,210 orang, menurut data KKM.
Kes kematian Covid-19 setiap satu direkodkan di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.
Seramai 1,288 pesakit Covid-19 dirawat di hospital semalam. Daripada jumlah itu, 22 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 50 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 31 Ogos, 2022.
Komen