MCA sedia rampas Selangor, kata sumber dalaman parti 


Khoo Gek San

MCA sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 dan meletakkan sasaran mereka untuk merampas Selangor daripada pembangkang, kata sumber parti.

Selepas kemenangan mereka dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu kini menyasarkan negeri terkaya di negara ini.

MCA memenangi dua kerusi, Kelebang dan Machap Jaya, dalam pilihan raya Melaka. Kelebang mempunyai 67% pengundi Melayu, 31% Cina dan 2% pengundi India. Machap Jaya pula mempunyai majoriti Melayu sebanyak 44%, Cina (40%) dan India (14%).

Di Johor, MCA memenangi empat kerusi: Yong Peng, Paloh, Pekan Nanas dan Bekok.

Yong Peng mempunyai 59.6% pengundi majoriti Cina, Melayu (33.3%) dan India (6.75%) manakala di Paloh, majoriti Melayu 46.41%, Cina (37.14%) dan India 14.97%.

Pekan Nanas juga merupakan kerusi majoriti Melayu dengan (53.36%), Cina (45.11%) dan India (1.02%) manakala di Bekok, Cina adalah majoriti dengan 48.68%, Melayu (28.53%), India (18.72%) dan lain-lain. (4.07%).

Menurut mereka, walaupun sasaran utama BN adalah untuk meraih undi Melayu, undi pengundi Cina juga sama pentingnya. 

“Sama ada BN memenangi lebih banyak kerusi di Selangor juga bergantung kepada prestasi MCA,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

“Begitu juga dengan Perikatan Nasional yang memerlukan bantuan Gerakan untuk mendapatkan negeri itu.

MCA dan Gerakan sebelum ini adalah dari kem yang sama, namun kini mereka merupakan saingan pada pilihan raya umum ke 15. 

MCA akan menyasarkan lapan kerusi - Bangi, Klang, Selayang, Pandan, Petaling Jaya, Damansara, Ampang dengan tamabahan kerusi di Puchong dan calon mereka sudah dikenal pasti. 

Menurut sumber kini terdapat tujuh penyelaras di sembilan kerusi Parlimen, manakala penyelaras untuk Damansara dan Ampang belum ditentukan. 

Bagi kerusi negeri, MCA akan bertanding di Sekinchan, Kuala Kubu Bharu, Rawang, Kajang, Balakong, Seri Kembangan,  Kinrara, Subang Jaya, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Banting dan Sungai Pelek, Bukit Gasing, Teratai dan Kota Kemuning.

Pada pilihan raya umum lalu, Gerakan bertanding di satu kerusi Parlimen dan empat kerusi negeri iaitu Puchong, Bukit Gasing, Teratai, Kota Kemuning dan Bukit Lanjan.

Difahamkan pada PRU15, Gerakan akan menambah kerusi Parlimennya kepada empat, iaitu Puchong, Subang, Damansara dan Klang.

Gerakan lengkapkan peruntukan kerusi

Pengerusi Gerakan Selangor Hong Chin Tat berkata PN masih belum melengkapkan pembahagian kerusi di negeri itu. 

“Ketika ini, Gerakan sudah menghantar senarai calon kepada pucuk pimpinan berdasarkan kerusi yang mahu ditandingi,” kata Hong. 

Hong yang juga naib pengerusi PN Selangor berkata peruntukan kerusi di Selangor adalah 22. 

“Bersatu akan bertanding di sembilan kerusi, PAS sembilan dan Gerakan empat,” katanya. 

“PN juga bergantung kepada PAS untuk memenangi lebih banyak kerusi di Selangor.”

Beliau percaya di Selangor, hanya PAS dan Umno mampu memenangi lebih banyak kerusi daripada Pakatan Harapan.

Hong berkata PM Selangor mungkin akan mendapatkan parti lain untuk membantu memenangi negeri itu.

“Kami rasa tidak mudah untuk PN memenangi Selangor, dan kita masih bergantung kepada PAS untuk bekerjasama dengan Umno dari segi strategi. Bagaimanapun ini hanyalah cadangan peribadi saya. 

“Kekuatan PAS di Selangor tidak patut dipandang rendah. Sekiranya PN dan BN bertembung, PAS hanya akan memecahkan undi. 

“Sekiranya berlaku tiga pertandingan tiga penjuru di Selangor, ia tidak akan menjatuhkan Pakatan Harapan.”

Hong berkata Gerakan telah melantik empat penyelaras untuk kerusi negeri Selangor, antaranya Puchong, Subang, Damansara dan Klang.

“Untuk kerusi negeri, kami jangka akan bertanding di 12 kawasan.”

Menurutnya Gerakan mempunyai empat kali ganda kerusi di Selangor pada kali ini, namun sukar untuk mencari calon yang tepat. 

Hong brkata tidak mudah untuk Gerakan merampas Selangor namun mereka optimis.

Pengerusi Badan Perhubungan MCA Selangor Ng Chok Sin berkata mereka telah memilih 70% calon dari sayap pemuda mereka untuk bertanding.

Beliau berkata pada pilihan raya lepas, Selangor memenangi 14 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen, namun percaya peruntukan mereka akan bertambah dengan keputusan muktamad daripada BN.

“MCA Selangor telah melantik penyelaras bagi setiap kerusi dan penyelaras telah aktif berkhidmat di kawasan itu.”

“Kami berharap dapat mengecilkan jurang majoriti dan memastikan deposit pilihan raya kami tidak akan hilang lagi.”

Bagaimanapun, beliau percaya BN perlu memperkenalkan “Poster Boy” terlebih dahulu untuk menerajui Selangor. – 30 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen