Had tarif tenaga perlu penyelesaian seragam EU, kata Austria


Canselor Austria Karl Nehammer meminta satu penyelesaian seragam berhubung mengehadkan tarif elektrik. – Gambar EPA, 29 Ogos, 2022.

CANSELOR Austria Karl Nehammer meminta satu penyelesaian seragam berhubung mengehadkan tarif elektrik, lapor Sputnik.

“Kita perlu menamatkan kegilaan yang sedang berlaku dalam pasaran tenaga. Dan ini hanya boleh dilakukan melalui penyelesaian Eropah,” lapor akhbar Kurier memetik Nehammer.

Canselor Austria itu juga menyeru semua anggota EU supaya berpadu tenaga bagi menghentikan segera kenaikan harga tenaga yang melambung itu.

Sebagai reaksi kepada operasi khas di Ukraine, negara Barat melancarkan kempen sekatan komprehensif, khususnya, terhadap sumber tenaga Russia, mengakibatkan lonjakan harga tenaga di Eropah dan Amerika Syarikat. – Bernama, 29 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen