Jumlah maut banjir Pakistan cecah 1,061


Pengurusan bencana Pakistan berkata banjir monsun tahun ini telah menjejaskan lebih 33 juta orang, selain menjejaskan 2 juta ekar tanaman dan merosakkan 3,457 kilometer jalan raya. – Gambar EPA, 29 Ogos, 2022.

JUMLAH kematian akibat banjir monsun di Pakistan sejak Jun telah mencecah 1,061, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) Pakistan pada Isnin.

Ia berkata 28 orang telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam ini, tetapi pihak berkuasa masih cuba untuk sampai ke perkampungan terputus di utara pergunungan.

Monsun tahunan penting untuk mengairi tanaman dan memenuhkan tasik dan empangan di seluruh benua kecil India, tetapi setiap tahun ia juga membawa kemusnahan.

Pegawai berkata banjir monsun tahun ini telah menjejaskan lebih 33 juta orang – satu daripada tujuh rakyat Pakistan – memusnahkan atau merosakkan hampir sejuta rumah.

NDMA berkata lebih dua juta ekar tanaman yang ditanam telah musnah, selain 3,457 kilometer jalan raya musnah, dan 157 jambatan dihanyutkan. – AFP, 29 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen