Venezuela, Colombia pulih hubungan diplomatik selepas 3 tahun putus


Duta Colombia di Venezuela Armando Benedetti (berdiri, kiri) berkata hubungan dengan Venezuela tidak sepatutnya terputus kerana "kita adalah saudara." – Gambar EPA, 29 Ogos, 2022.

VENEZUELA dan Colombia secara penuh telah memulihkan hubungan diplomatik pada Ahad selepas berehat tiga tahun, ketika kerajaan berhaluan kiri baharu di Bogota terbentuk.

Duta Colombia yang baharu, Armando Benedetti berkata di Twitter, “Hubungan dengan Venezuela tidak sepatutnya terputus. Kita adalah saudara.”

Beliau yang tiba di Caracas disambut oleh timbalan menteri luar Rander Pena Ramirez.

Presiden berhaluan kiri Colombia yang baharu, Gustavo Petro, dan presiden sosialis Venezuela Nicolas Maduro mengumumkan pada 11 Ogos mereka merancang untuk memulihkan hubungan diplomatik yang terputus sejak 2019.

Perpecahan itu akibat kemuncak ketegangan bertahun-tahun antara Venezuela berhaluan kiri dan Colombia yang berada di bawah beberapa presiden konservatif. – AFP, 29 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen