PRESIDEN Brazil Jair Bolsonaro dijangka berdepan dengan pesaing terkuatnya dalam pemilihan presiden, Luiz Inacio Lula da Silva pada hari ini untuk berdebat sebelum pilihan raya pada Oktober depan.
“Jumpa anda di Band (stesen televisyen Rede Bandeirantes) esok,” kata Lula yang pernah menjadi presiden Brazil dari 2003 hingga 2010, menerusi Twitter semalam.
Bolsonaro belum mengesahkan penyertaannya tetapi dijangka hadir, menurut sumber kempen.
“Saya pernah terfikir yang saya tidak patut pergi, sekarang saya rasa saya patut pegi,” kata Bolsonaro, pemimpin berhaluan kanan.
Debat itu yang pertama dalam kalander kempen sebelum pilihan raya 2 Oktober. Penganjur turut menjemput empat calon lain termasuk bekas menteri kewangan Ciro Gomes dan Senator Simone Tebet.
Tinjauan mendapati Lula mendahului perlawanan itu, dengan Institut Datafholha awal bulan ini menerbitkan dapatan pemimpin itu memperoleh 47% undi berbanding Bolsonaro 32%.
Pada 2018 ketika Bolsonaro menang pilihan raya, beliau menyertai dua debat presiden – tetapi ditikam pada satu himpunan kempen, dan selepas pulih daripada pembedahan beliau tidak hadir untuk debat berikutnya.
Lula atau bekas presiden Brazil yang lain, Fernando Henrique Cardoso tidak pernah berdebat pada pemilihan semula 2006 dan 1998.
Pada malam tadi, Bolsonaro dan Lula masing-masing melancarkan iklan kempen fokus kepada ekonomi.
Lula mengkritik inflasi dan kebuluran yang menjejaskan lebih 33 rakyat Brazil. – AFP, 28 Ogos, 2022.
Komen