Makan di luar bukan murah, pelanggan tanggung kenaikan harga barang


Desmond Davidson Ravin Palanisamy Diyana Ibrahim

Peniaga terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual bagi terus bertahan dalam perniagaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Desmond Davidson, 28 Ogos, 2022.

MAKAN di luar kini pastinya membuatkan anda berfikir dua kali memandangkan harga yang dikenakan di gerai, pasar, kopitiam mahupun medan selera semakin tinggi.

Penjual makanan mengatakan peperangan di Ukraine yang menyebabkan kenaikan harga bahan asas, kekurangan tenaga kerja dan dasar gaji minimum baharu mendorong kenaikan harga makanan.

Selepas sekatan Covid-19, rakyat Malaysia terpaksa berdepan kenaikan harga makanan kegemaran mereka – nasi lemak, roti canai atau mi Jawa yang meningkat antara 22% hingga 100%.

Dalam tinjauan The Malaysian Insight, penjual makanan berkata pilihan yang ada hanyalah menaikkan harga atau menggulung tikar susulan kenaikan harga bahan asas seperti tepung, kacang, minyak masak, ayam, cili kering malah santan sejak sekatan Covid-19 ditarik balik pada April.

Sarapan pagi ringkas yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak di Kuching kini boleh berharga antara RM6 hingga RM7, RM3 di Seremban dan nasi minyak sekitar RM4.50 di Kuala Terengganu.

RM6 ini untuk nasi lemak biasa yang terdapat sambal dan telur rebus separuh manakala RM7 hingga RM8 untuk nasi lemak yang disertakan dengan seketul ayam goreng atau rendang daging di Kuching .

Di Sarawak harganya lebih mahal susulan kos penghantaran dari Semenanjung ke Sarawak.

Sebelum kawalan pergerakan dilaksanakan, nasi lemak biasa di Kuching berharga RM3 hingga RM6.

Ini yang dikatakan penjual makanan berhubung harga makanan dalam menu mereka yang naik.

* Jackson, pemilik Kedai Kopi Tak Sama di Seremban, Negeri Sembilan:

Katanya harga makanan di kedainya dinaikkan antara 50 sen hingga RM1 bagi memastikan kelangsungan perniagaannya.

“Biasanya saya beli Planta 2.5kg RM26 tapi sekarang naik hingga RM42. Kenaikan 11%.

“Saya perlu naikkan harga roti bakar 40 sen daripada  RM1.60 kepada RM2,” katanya yang turut menaikkan harga air sebanyak 20 sen. – 28 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen