Ulama islam India terkemuka Jalaluddin Umri meninggal dunia


Allahyarham disifatkan sebagai seorang pemikir cemerlang dan cendekiawan Islam yang berwawasan. – Gambar Facebook, 27 Ogos, 2022.

ULAMA Islam India terkemuka Maulana Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun di New Delhi pada petang Jumaat.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika menerima rawatan di hospital akibat radang paru-paru.

Allahyarham adalah bekas ketua Jamaat-e-Islami Hind, sebuah organisasi sosio-agama dan Naib Presiden Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim Seluruh India (AIMPLB), sebuah perhimpunan intelektual dan organisasi.

Sepanjang hayatnya Allahyarham merupakan seorang pemidato terkenal dan pengarang 20 buah buku.

Tulisan Jalaluddin dianggap berpengaruh besar dalam pelbagai subjek.

AIMPLB mengenang beliau sebagai ‘seorang pemikir yang cemerlang dan cendekiawan Islam yang berwawasan’.

Presiden Jamiat Ulama-i-Hind Maulana Mahmood Asad Madani mengingati beliau sebagai seorang yang berkhidmat sebagai suara kaum India Muslim manakala ulama Zafarul Islam Khan menggelarnya sebagai ‘tonggak masyarakat’.

Jalaluddin dilahirkan pada 1935 di sebuah kampung bernama Puttagram di daerah Arkot Utara negeri Tamil Nadu.– Bernama, 27 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen