Tarif elektrik Eropah melonjak menjelang musim sejuk


Lonjakan tarif elektrik di Eropah direkodkan mencecah tahap tertinggi menjelang musim sejuk. – Gambar AFP, 27 Ogos, 2022.

TARIF elektrik di Eropah melonjak ke rekod baharu tertinggi pada Jumaat, menjelang musim sejuk ketika pencerobohan Rusia ke Ukraine mencetuskan krisis ekonomi di seluruh benua itu.

Kontrak setahun untuk bekalan elektrik di Jerman naik kepada 995 euro per megawatt per jam sementara di Perancis ia melonjak melebihi 1,100 euro- kenaikan lebih 10 kali ganda di kedua-dua negara sejak tahun lepas.

Di Britain, penyelia tenaga Ofgem berkata ia akan menaikkan tarif elektrik dan gas hampir dua kali ganda bermula 1 Oktober dengan purata £3,549 setahun.

Ofgem menyalahkan kenaikan itu kepada lonjakan harga gas mentah global selepas pembatalan sekatan Covid dan sekatan Rusia kepada bekalan.

Republik Czech yang menjawat jawatan presiden catuan Kesatuan Eropah pada Jumaat mengumumkan ia akan mengadakan Sidang Kemuncak Krisis Tenaga EU “pada tarikh seawal mungkin”.

Harga tenaga melonjak di Eropah selepas Rusia memotong bekalan gas alami kepada benua itu, dan wujud kebimbangan lebih banyak pemotongan menjelang musim sejuk ketika tekanan semakin memuncak antara Moscow dan Barat.

Satu per lima daripada elektrik Eropah dijanakuasa daripada kilang dikuasakan gas, kekurangan bekalan menyebabkan kenaikan harga.

Harga gas Eropah pada Jumaat mencecah 341 euro per MWh, hampir mencapai tahap tertinggi direkodkan iaitu 345 euro pada Mac lepas. – AFP, 27 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen