Bentang bajet awal perkara biasa, kata PM 


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pembentangan bajet awal bukanlah perkara baharu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Ogos, 2022.

LANGKAH mempercepatkan tarikh pembentangan bajet negara adalah perkara biasa, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Perkara biasalah. Dulu zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) pernah buat (bajet) bulan September,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran program USHAniaga Keluarga Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai beberapa laporan media yang mengatakan bahawa Bajet 2023 akan dibentangkan awal iaitu pada 7 Oktober, sedangkan menurut takwim Dewan Rakyat, Bajet 2023 sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober. 

Ditanya mengenai tarikh pembentangan bajet, Ismail Sabri berkata ia akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – Bernama, 26 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen