Taliban sekat 23.4 juta laman web tidak bermoral


Taliban yang mengambil alih Afghanistan sejak Ogos 2021 telah menyekat 23.4 juta laman web yang dianggap mereka tak bermoral, menurut pemangku menteri penerangan. – Gambar AFP, 26 Ogos, 2022.

TALIBAN telah menyekat lebih 23 juta laman web tidak bermoral, lapor Sputnik, memetik Pemangku Menteri Perhubungan dan Penerangan Najibullah Haqqani.

“Kami telah menyekat 23.4 juta laman web.

“Mereka menukar laman sesawang mereka setiap kali disekat. Jadi, apabila anda menyekat satu laman web, satu lagi akan aktif,” kata Haqqani kepada penyiar TOLONews pada Khamis.

Beliau turut mengkritik rangkaian media sosial Facebook kerana tidak memberi kerjasama sewajarnya.

Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afghanistan pada Ogos 2021. – Bernama, 26 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen