Djokovic tidak beraksi di Terbuka AS kerana status vaksinasi


Novak Djokovic tidak dapat beraksi di Terbuka AS, yang bakal membuka tirainya pada Isnin susulan beliau tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19. – Gambar EPA, 26 Ogos, 2022.

NOVAK Djokovic berkata beliau tidak dapat beraksi di Terbuka AS, yang bakal membuka tirainya pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Malangnya, saya tidak dapat pergi ke New York kali ini untuk menyertai Terbuka AS.

“Terima kasih NoleFam (hantaran dari sekumpulan peminatnya) atas mesej kasih sayang dan sokongan anda,” kata pemain berusia 35 tahun itu di Twitter.

Beliau menambah: “Selamat maju jaya kepada rakan-rakan saya! Saya akan kekalkan stamina dan berfikiran positif serta menunggu peluang untuk bertanding semula.

“Jumpa anda tidak lama lagi di dunia tenis!”

Legenda tenis Serbia itu tidak menerima suntikan vaksin Covid-19, dan Amerika Syarikat mewajibkan mereka yang ingin masuk ke negara itu untuk melengkapkan suntikan vaksinasi.

Djokovic, yang memenangi 21 gelaran Grand Slam, merupakan juara Terbuka AS 2018 bagi kategori perseorangan lelaki.

Beliau juga terlepas peluang untuk beraksi di Terbuka Australia tahun ini kerana status vaksinasinya. – Bernama, 26 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen