MALAYSIA merekodkan 3,206 kes baharu Covid-19 berbanding 2,180 kes pulih semalam, menamatkan lima hari berturut-turut negara melaporkan lebih banyak kes pulih berbanding kes baharu.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), kes kumulatif sejak permulaan pandemik kini berjumlah 4,768,394.
Lapan kematian turut dilaporkan semalam dengan satu diisytiharkan sebagai kematian di luar hospital.
Selangor mencatatkan tiga kematian manakala Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan Kuala Lumpur masing-masing satu.
Kes kematian di luar hospital itu dilaporkan di Kelantan.
Daripada kes baharu yang dilaporkan semalam, Selangor mencatatkan jumlah kes terbanyak dengan 1,092, diikuti Kuala Lumpur (583) dan Sabah (297).
Perak melaporkan 236 kes, Negeri Sembilan (186), Sarawak (119), Melaka (114), Kedah (110), Johor (104), Pulau Pinang (93), Kelantan (87), Pahang (62), Putrajaya (58), Terengganu (44), Perlis (12) dan Labuan (9).
Dengan jumlah jangkitan baharu, kes aktif meningkat kepada 35,988.
Antara kes aktif, 34,626 (96.2%) pesakit menjalani kuarantin di rumah, 22 (0.1%) di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah, dan 1,271 (3.7%) di hospital.
Terdapat 49 pesakit dalam rawatan rapi dengan 42 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 26 Ogos, 2022.
Komen