KKM lapor 2,636 kes baharu Covid-19, 11 kematian


Ravin Palanisamy

MALAYSIA mencatatkan 3,206 kes pulih berbanding 2,636 kes baharu semalam, seterusnya menjadikan jumlah kes aktif di negara ini menurun kepada 34,970, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini merupakan hari kelima berturut-turut jumlah pesakit yang pulih melebihi jangkitan baharu.

Menurut KKM, terdapat juga 11 kematian dilaporkan semalam, lima daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Empat kematian didaftarkan di Johor, tiga di Selangor, masing-masing satu di Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.

Perak, Sarawak dan Selangor menyumbang masing-masing satu kes kematian di luar hospital.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, Selangor melaporkan jumlah kes terbanyak dengan 791, diikuti Perak (283) dan Sabah (265).

Negeri lain yang melaporkan kes baharu adalah Kuala Lumpur (231), Negeri Sembilan (161), Kedah (124), Sarawak (120), Pulau Pinang (112), Melaka (109), Johor (106), Kelantan (85), Putrajaya (82), Pahang (75), Terengganu (71), Labuan (11) dan Perlis (10).

Antara kes aktif, 33,500 (95.8%) pesakit menjalani kuarantin di rumah, 24 (0.1%) di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah, dan 1,379 (4.1%) di hospital.

Terdapat 67 pesakit dalam rawatan rapi dengan 36 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 25 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen