Remaja 17 tahun juruterbang termuda keliling dunia secara solo


Mack Rutherford, 17, individu termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia dengan pesawat ringan.– Gambar EPA, 25 Ogos, 2022.

SEORANG remaja warga Britain-Belgium berusia 17 tahun menjadi individu termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia dengan pesawat ringan.

Lima bulan sehari selepas berlepas dari Bulgaria pada Mac, Mack Rutherford kembali mendarat di negara itu di lapangan terbang kecil berhampiran bandar Radomir, sejam dari ibu negara Sofia.

“Saya mahu tunjukkan dengan penerbangan ini orang muda boleh membuat perubahan, kejar impian anda.

“Saya tidak pasti ada rekod lain yang ingin saya pecahkan, saya cuma mahu kembali ke sekolah,” kata remaja itu selepas mendarat.

Rutherford berasal daripada keluarga juruterbang.Beliau mendapat pengalaman pertama menerbangkan pesawat ketika baru berusia tujuh tahun.

Remaja itu menerbangkan pesawatnya sejauh 54,000 kilometer dalam masa 221 jam merentasi 30 negara.

Sepanjang penerbangan solonya itu, Rutherford terpaksa mendarat di pulau Attu yang tidak berpenghuni di barat Alaska akibat angin kencang. – AFP, 25 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen