PERMOHONAN masyarakat gay untuk berkahwin sesama jantina sekali lagi ditolak selepas Mahkamah Rayuan Hong Kong membatalkan rayuan mereka terutama bagi pasangan sejenis yang sudah berkahwin di luar negara.
Aktivis LGTBG beberapa kali menerima keputusan mahkamah yang berpihak kepada mereka sejak beberapa tahun terakhir ini.
Tetapi keputusan mahkamah semalam bermakna pembatalan larangan yang dikenakan terhadap perkahwinan gay pada masa ini perlu melalui perundangan, bukan mahkamah.
Rayuan itu difailkan aktivis Jimmy Sham, yang berkahwin dengan pasangannya sejenisnya warga Hong Kong di Amerika Syarikat pada 2013, dan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan perkahwinan itu di tanah air mereka.
Panel tiga hakim semalam dalam penghakiman berkata undang-undang asas iaitu perlembagaan kecil Hong Kong menyatakan hanya memilih perkahwinan heteroseksual, iaitu bermakna pasangan heteroseksual saja layak diiktiraf bagi perkahwinan di luar negara.
Jika pasangan sejenis berkahwin di luar negara diberikan pengiktirafan, ia akan mewujudkan ketidakserasian antara mereka dan pasangan gay yang tidak boleh berkahwin secara sah di Hong Kong, kata hakim.
Keputusan itu kini hanya boleh dibatalkan di Mahkamah Rayuan Akhir Hong Kong tetapi tidak pasti sama ada Sham akan meneruskan tindakan undang-undang itu atau tidak. – AFP, 24 Ogos, 2022.
Komen