SEBANYAK 2,722 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 2,078 yang dicatat pada Isnin, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4.76 juta kes sejak pandemik melanda.
Kes sembuh semalam mengatasi jangkitan baharu dengan 4,856 kes dicatatkan.
Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 879 kes, diikuti Kuala Lumpur (434) dan Sabah (214).

Semalam juga sebanyak 11 kematian akibat Covid-19 dicatatkan, dengan tiga daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BOD) di Perak.
Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 meningkat kepada 36,166 orang, menurut data KKM.
Jumlah kes aktif yang direkodkan adalah sebanyak 35,551, dengan 95.8% sedang menjalani kuarantin di rumah. Sebanyak 1,384 kes(3.9%) dirawat di hospital dan 31 kes (0.1%) di pusat kuarantin.
Seramai 68 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 41 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 24 Ogos, 2022.
Komen