Ahli arkeologi Israel temui rumah agam berusia 1,200 tahun


Runtuhan di tapak arkeologi di Badwi Rahat itu akan dibuka kepada orang ramai pada Khamis. – Gambar AFP, 24 Ogos, 2022.

AHLI arkeologi Isarel semalam menemui runtuhan rumah agam berusia 1,200 tahun di kawasan sama menempatkan sebuah masjid purba berusia yang ditemui di padang pasir Negev pada Jun lalu.

Rumah agam kuno tersebut mempunyai lantai berturap marmar dan dinding yang dihiasi dengan lukisan, kata Pihak Berkuasa Antikuiti Israel (IAA).

Ia juga mempunyai bilik berkubah di bahagian tengah.

“Bangunan mewah yang mempunyai bilik kebal bawah tanah itu menandakan pemiliknya kaya.

“Status dan kekayaan membolehkan mereka membina rumah agam mewah yang berfungsi sebagai kediaman dan tempat untuk berhibur,” kata pakar arkeologi Elena Kogan Zehavi, Oren Shmueli dan Noe D Michael yang mengetuai kerja-kerja penggalian, dalam satu kenyataan.

Runtuhan di tapak arkeologi di Badwi Rahat itu akan dibuka kepada orang ramai pada Khamis. 

Runtuhan tersebut terletak berhampiran masjid purba juga berusia 1,200 yang ditemui pada Jun lepas.  – AFP, 24 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen