BEKAS perdana menteri Najib Razak yang sedang menunggu nasibnya di Mahkamah Persekutuan memberita penyokongnya supaya menerima sebarang keputusan yang dikenakan terhadapnya.
Bercakap kepada penyokong yang berkumpul di luar Istana Keadilan di Putrajaya sejak 7 pagi, Najib berkata mereka perlu terima keputusan itu.
“Jika keputusan tidak berpihak kepada kita, kita akan terima,” katanya kepada mereka, dengan ada antaranya menangis.
Najib keluar dari mahkamah untuk bercakap kepada penyokongnya sementara mahkamah berhenti rehat sebelum menyampaikan keputusan berhubung permohonannya meminta ketua hakim menarik diri daripada prosiding itu.
Penyokongnya yakin beliau tidak bersalah.
Ahli Parlimen Pekan itu membuat rayuan untuk membatalkan hukuman dijatuhkan terhadapnya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, di mana pada 28 Julai, 2020 mensabitkan Najib bersalah atas tuduhan kes menerima R42 juta secara haram daripada bekas anak syarikat 1MDB.
Pada 28 Julai, 2020 Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Pada 8 Disember, 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda. – 23 Ogos, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen