Wanita rempuh majlis perkahwinan di Vancouver, 2 maut


DUA maut manakala 10 lagi cedera apabila sebuah kereta yang dipandu seorang wanita merempuh sebuah majlis perkahwinan di Vancouver, lapor Sputnik.

Insiden tragis itu berlaku sekitar 6.10 petang waktu tempatan semalam, menurut media Canada CTV memetik Perkhidmatan Kesihatan Kecemasan British Columbia.

Menurut jurucakap polis Vancouver Barat Konstabel Nicole Braithwaite,  seorang wanita berusia lewat 60-an, memandu kenderaan di laluan masuk, kemudian memecut dan merempuh orang ramai.

Dua maut akibat insiden itu manakala 10 yang lain dibawa ke hospital (dua dalam keadaan kritikal).

Wanita itu turut dibawa ke hospital, tetapi tidak berada dalam tahanan polis setakat ini.

Siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan. – Bernama, 22 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen