20 maut banjir kilat di Afghanistan


Sejumlah besar rakyat Afghanistan maut akibat banjir dan hujan lebat setiap tahun, terutama di kawasan luar bandar yang miskin. – Gambar EPA, 21 Ogos, 2022.

HUJAN lebat menyebabkan banjir kilat di Logar, timur Afghanistan menyebabkan sekurang-kurangnya 20 terbunuh dan lebih 3,000 musnah, kata pihak berkuasa.

Hujan melanda beberapa kawasan semalam, menyebabkan lebih 30 cedera, kata pejabat gabenor.

Banjir turut memusnahkan berpuluh-puluh terusan dan kira-kira 5,000 ekar tanah pertanian, kebanyakannya dusun, kata kenyataan itu dengan 2,000 ternakan terbunuh.

Sejumlah besar rakyat Afghanistan maut akibat banjir dan hujan lebat setiap tahun, terutama di kawasan luar bandar yang miskin.

Pasukan keselamatan dan organisasi amal cuba membawa mangsa ke tempat selamat selepas rumah mereka musnah.

Jurucakap kerajaan Bilal Karimi dalam satu kenyataan berasingan menggesa masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan. – AFP, 21 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen