BADAN pemantau media Pakistan melarang saluran televisyen daripada menyiarkan secara langsung ucapan bekas perdana menteri Imran Khan, pada himpunannya hari ini.
Sejak digulingkan menerusi undi tidak percaya pada April, bekas bintang kriket itu mengadakan beberapa protes anti kerajaan.
Larangan dikuatkuasakan serta-merta itu dikeluarkan malam tadi – hari sama Imran mengadakan himpunan di Islamabat di mana beliau mengkiritik polis dan badan kehakiman berhubung penahanan salah seorang pemimpin partinya.
Dalam satu notis, Pihak Berkuasa Kawal Selia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) berkata Imran menyebarkan tuduhan tidak berasas dan ucapan kebencian.
“Kenyataannya yang provokatif terhadap institusi negara dan pegawai kerajaan boleh mengganggu ketenteraman awam dan keamanan,” katanya.
Imran dijadualkan mengadakan satu lagi protes mala mini di Rawalpindi, berhampiran Islamabad.
Imran dipilih sebagai perdana menteri pada 2018 dengan janji pilihan rayanya untuk menghapuskan rasuah dan kronisme.
Beliau masih kekal popular dalam kalangan muda dan ucapannya menarik rating tinggi di televisyen, dengan trending di media sosial Pakistan. – AFP, 21 Ogos, 2022.
Komen