6 terperangkap tanah runtuh di masjid syiah


Pasukan penyelamat menggunakan lampu limpah untuk melakukan kerja menyelamat mangsa terperangkap di bawah runtuhan masjid syiah Qattarat al-Imam Ali di Karbala. – Gambar AFP, 21 Ogos, 2022.

OPERASI menyelamat berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya enam mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan sebuah masjid syiah di Karbala di Karbala.

Tiga kanak-kanak diselamatkan sejak insiden itu semalam, kata perkhidmatan kecemasan, menambah mangsa dalam keadaan baik dan dirawat di hospital.

Tetapi dibimbangi terdapat enam hingga lapan mangsa masih terperangkap di bawah timbunan sisa runtuhan itu.

Masjid syiah itu dikenali dengan nama Qattarat al-Imam Ali, kata jurucakap pertahanan awam Nawas Sabah.

Pasukan penyelamat menggunakan lampu limpah untuk melakukan kerja menyelamat sepanjang malam bagi membolehkan bekalan oksigen, makanan dan air dapat diberikan kepada mangsa terperangkap menerusi celahan sisa runtuhan.

Shaker berkata pasir dan batu runtuh ke atas bangunan masjid itu, dan kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan.

Tanah runtuh melanda masjid terletak kira-kira 25km dari kota syiah di Karbala. – AFP, 21 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen