Perniagaan dobi tradisional masih bertahan, setakat ini


Ravin Palanisamy

Dobi tradisional kini berdepan dengan saingan daripada dobi layan diri. – Gambar The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2022.

PENGUSAHA dobi tradisional, lebih dikenali sebagai dhobis, sedang berjuang untuk terus hidup dengan evolusi dobi layan diri, dobi kendalian syiling, yang telah berkembang pesat selama bertahun-tahun.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, mereka cuba melakukan segala yang termampu untuk bertahan namun mneyedari kemodenan memaksa mereka untuk menutup perniagaan kerana kekurangan tenaga kerja. 

Tukang cuci tradisional Karupiah Kalimuthi, yang bekerja di A.Jaya Laundry di Sentul, Kuala Lumpur bersetuju bahawa dobi layan diri telah memberi kesan kepada perniagaan dobi tradisional.

Walaupun kedai dobi beroperasi dengan syiling kini wujud hampir di mana-mana, lelaki yang berasal dari India itu dengan yakin berkata kualiti kerja di kedai dobi tradisional tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kedai dobi layan diri.

“Kami membasuh pakaian menggunakan tangan dan kami boleh berhati-hati dengan bahan dan warna tetapi untuk mesin di kedai dobi, semuanya sama, dicuci dengan cara yang sama,” kata lelaki berusia 54 tahun itu kepada The Malaysian Insight.

“Selepas mencuci, kami akan mengeringkannya di bawah matahari, yang akan melindungi pakaian dan warnanya manakala mesin pengering di kedai dobi akan mengecutkan segelintir bahan.

“Menjemur pakaian di bawah matahari adalah penting tetapi kebanyakan mereka yang tinggal di bandar tidak mampu kerana mereka tinggal di pangsapuri, menyebabkan mereka sukar untuk mengeringkan pakaian,” tambahnya.

Tukang cuci tradisional Karupiah Kalimuthi, yang bekerja di A.Jaya Laundry yang beroperasi di Sentul, Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2022.

Karupiah yang seluruh keluarganya termasuk ibu bapanya bekerja di A.Jaya Laundry sejak 1992.

Beliau berkata, kedai dobi yang berkeluasan kira-kira 700 kaki persegi itu telah beroperasi sejak 1980.

Karupiah juga berkata, kedai dobi tradisional mampu memberi penjagaan khas kepada pakaian berdasarkan jenis bahan.

“Apabila bercakap tentang pakaian India seperti saree, dhotis, sut punjabi, kami tahu cara mencuci dan menjaga bahan, tidak seperti mesin.

“Kami akan mencuci tangan dengan berhati-hati dan ada kaedah tertentu untuknya. Ini tidak boleh dicapai melalui mesin.

“Ambil baju putih sebagai contoh, akan ada banyak perbezaan dengan hasilnya apabila kita membasuh dan apabila ia dicuci di kedai dobi layan diri,” katanya.

Karupiah berkata, walaupun untuk menyeterika, mereka menggunakan seterika pakaian yang terkenal, yang tidak biasa ditemui di rumah.

“Kami tidak menggunakan seterika yang menggunakan arang tetapi seterika pakaian kami unik dan berat.

“Kami tidak mempunyai pengawal untuk mengawal suhunya tetapi kami perlu mematikan kuasa jika kami mahu menggunakan lebih sedikit haba untuk pelbagai jenis bahan. Jadi, begitulah berhati-hati dan terperinci kami dengan kerja kami,” katanya .

Ketika ini, hanya dua pekerja di kedai itu termasuk Karupiah yang turut menguruskan perniagaan.

Karupiah berkata, dia akan mula bekerja pada pukul 8 pagi dan akan membasuh serta mengeringkan pakaian selama hampir tiga jam sebelum membuka kedai kepada pelanggan. Katanya kerja ini akan dilakukan di tempat lain dan bukan di kedai. – 21 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen