India lancar kit ujian cacar monyet


Laporan tersebut juga menyebut bahawa kit ujian itu dapat membantu memudahkan proses saringan cacar monyet dan menghasilkan keputusan yang lebih tepat. – Gambar Facebook, 20 Ogos, 2022.

INDIA pada Jumaat melancarkan kit ujian RT-PCR buatan tempatan yang pertama bagi mengesan jangkitan cacar monyet, lapor Xinhua, memetik akhbar The Times of India.

Kit ujian itu dibangunkan Transasia Bio-Medicals Ltd dan dilancarkan di Zon Medtech di Andhra Pradesh.

Menurut laporan, kit ujian itu dapat membantu memudahkan proses saringan dan menghasilkan keputusan yang lebih tepat.

Pengerusi pengasas Transasia Bio-Medicals Suresh Vazirani berkata kit itu juga dapat membantu pengurusan jangkitan dan pengesanan awal dilaksanakan dengan lebih baik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat  kesihatan awam. – Bernama, 20Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen