HUJAN lebat menyebabkan kematian 22 orang di Chad sejak Jun dan lebih 110,000 orang terjejas, kata laporan PBB.
Hujan juga memusnahkan lebih 2,200 hektar tanah pertanian, kata Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan dalam laporan dikeluarkan pada Rabu.
Ibu kota N’Djamena, yang terletak berhampiran Sungai Chari adalah kawasan paling teruk terjejas kerana hujan lebat.
Beberapa kawasan ditenggelami banjir awal bulan ini selepas hujan lebat turun di bandar itu lebih seminggu.
Rantau itu sering dilanda banjir. Pada Ogos 2020, lebih daripada 11,500 orang hilang tempat tinggal kerana hujan lebat.
Menurut PBB, 5.5 juta penduduk Chad, sekitar satu pertiga penduduk negara terletak di tengah benua Afrika itu memerlukan “bantuan kemanusiaan kecemasan” pada 2021.
Situasi bertambah buruk kerana perang Ukraine disebabkan kesukaran bijiran Ukraine untuk dipasarkan ke negara asing.
Chad yang menyaksikan beberapa konflik bersenjata sejak merdeka dari Perancis pada 1960 adalah negara ketiga paling kurang membangun di dunia, menurut PBB. – AFP, 20 Ogos, 2022.
Komen