Program MM2H Sarawak tarik minat warga asing


Khoo Gek San

Faktor persekitaran, cuaca dan budaya menarik minat warga asing untuk menjadikan Sarawak sebagai rumah kedua mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2022.

PROGRAM Sarawak My Second Home (S-MM2H) yang dilancarkan pada 2022 sudah menerima lebih 200 permohonan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata ejen.

Sejak ia dilancarkan ketika pandemik Covid-19, permohonan mula diterima walaupun sedikit. Bagaimanapun, disebabkan sempadan kini sudah dibuka semula, minat kepada program itu semakin memuncak.

Pengarah Aramaz Borneo (MM2H) Sdn Bhd Teresa Chai berkata sejak dilancarkan pada September 2020, permohonan diterima berganda setiap bulan daripada lebih 30 buah negara.

Menurutnya, selepas sempadan dibuka semula pada Oktober tahun lepas, warga asing mula kembali memohon S-MM2H, dengan kebanyakan mereka datangnya dari Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, China, Hong Kong, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan negara Asia Tenggara lain.

“Dari Julai hingga Ogos, kami terima 50 permohonan selepas kami buat promosi program di laman web dan media sosial kami,” kata Chai kepada The Malaysian Insight.

“Dalam suku pertama tahun ini, ada 70 permohonan dan 80 permohonan lagi pada suku kedua.”

Disebabkan peningkatan permintaan, permohonan kini mengambil sekurang-kurangnya enam bulan untuk diluluskan, kata Choi lagi.

Tambahnya, mereka yang memohon didapati menyukai Kuching kerana persekitaran, budaya dan cuacanya. Selain itu, kedudukan Sarawak yang tidak terletak dalam zon bencana alam juga menarik perhatian pemohon.

Walaupun wujud kebimbangan tentang syarat dan terma MM2H, Chai berkata, ejen tetap menyatakan keperluan ini kepada pemohon dan mereka yang berminat masih akan memohon.

Tidak seperti MM2H, di bawah S-MM2H, pemohon hanya perlu mempunyai akaun deposit tetap sebanyak RM300,000 untuk pasangan atau RM150,000 untuk individu.

Mereka juga dihendaki menetap selama 15 hari setahun di negeri itu dan pemohon diberikan pas 10 tahun, di mana pemegang pas akan diberikan pas maksimum 5 tahun dan perlu memperbaharuinya untuk baki 5 tahun lagi, kata Chai lagi.

Ogos lepas, kerajaan persekutuan mengumumkan syarat baharu untuk MM2H termasuk keperluan pemohon untuk mempunyai akaun tetap sekurang-kurangnya RM1 juta dan pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta.

Malah, menurut Chai, ada yang memohon MM2H sudah beralih ke Sarawak.

“Sekurang-kurangnya 30% pelanggan saya memilih untuk tinggal di Sarawak. Ini adalah kelompangan (sistem) tetapi warga asing suka kan kos sara hidup yang rendah di negeri itu.” – 21 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen