Wales isytihar kemarau di beberapa kawasan


Cuaca kering berpanjangan tanpa hujan memaksa Wales mengisytiharkan kemarau di beberapa kawasan.– Gambar EPA, 19 Ogos, 2022.

KEMARAU diisytiharkan secara rasmi pada Jumaat di bahagian Wales, beberapa hari selepas beberapa wilayah di England berbuat demikian, berikutan cuaca kering yang panjang tanpa hujan.

Kawasan yang terjejas termasuk Ceredigion Utara, Teifi, Pembrokeshire, Carmarthen, Swansea, Llanelli, Neath Port Talbot dan Bridgend.

Syarikat air di sebahagian besar Wales telah pun mengenakan sekatan ke atas penggunaan air, termasuk catuan paip.

Kemarau secara rasmi diisytiharkan di seluruh England minggu lalu berikutan keadaan cuaca paling kering sejak 1935 pada Julai.

Sumber Asli Wales berkata langkah itu diambil kerana “tekanan suhu tinggi dan kekurangan hujan yang ketara terhadap alam sekitar”.

Kekurangan air dan peningkatan suhu “telah memberi tekanan besar pada sungai, takungan dan paras air bawah tanah kami,” kata pengurus air mampan badan itu, Natalie Hall.

Antara Mac dan Jun, Wales, yang terkenal dengan landskapnya yang subur, mempunyai 61 peratus daripada jangkaan hujan biasa.

Thames Water, yang membekalkan air kepada 15 juta penduduk di London dan beberapa kawasan sekitarnya, pada Rabu berkata ia akan memperkenalkan larangan paip hos mulai 24 Ogos. – AFP, 19 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen