Banjir di New Zealand ambil masa bertahun untuk pulih


New Zealand dilanda cuaca buruk dengan beberapa daerah di Pulau Selatan terjejas teruk akibat hujan setinggi 75 sentimeter dilaporkan turun selama tiga hari. – Gambar EPA, 19 Ogos, 2022.

BANDAR  New Zealand yang musnah akibat banjir akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih, kata datuk bandar pada Jumaat, ketika ratusan lagi rumah diselamatkan.

Negara Pasifik itu dilanda cuaca buruk dengan daerah Nelson-Tasman di Pulau Selatan terjejas teruk akibat hujan setinggi 75 sentimeter dilaporkan turun selama tiga hari.

Beberapa jalan di bandar Nelson dinaiki air selepas sungai tempatan, Maitai, pecah tebingnya.

Datuk Bandar Nelson Rachel Reese berkata kerosakan jalan raya dan infrastruktur bandar itu akan “mengambil masa bertahun-tahun, bukan berbulan-bulan” untuk dibaiki.

Beliau menambah penting bagi penduduk Nelson menjimatkan air kerana bekalan bandar itu terjejas oleh tanah runtuh yang merosakkan saluran utama dari takungan tempatan.

Dalam lawatan untuk menyaksikan kerosakan itu, Menteri Pengurusan Kecemasan New Zealand Kieran McAnulty menjanjikan $200,000 bantuan dan mengesahkan lebih 400 rumah kini dipindahkan di Nelson, di mana keadaan kecemasan masih berlaku.

Beliau menambah banjir dan tanah runtuh menyebabkan 60 rumah berkemungkinan tidak dapat didiami.

Seorang penduduk warga emas yang ditemui selepas operasi terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba lewat malam Khamis, selepas rumahnya diancam banjir.

Pulau Selatan New Zealand sedang bersiap sedia untuk menghadapi hujan lebat lagi, tetapi kawasan lain tidak terlepas daripada cuaca ekstrem.

Bandar New Plymouth yang berdekatan mengalami hari Ogos yang paling basah sejak rekod bermula dengan 10 sentimeter jatuh dalam masa 12 jam.

“Lebih satu meter hujan turun menyebabkan aliran besar ke semua sungai,” kata pengawal Pertahanan Awam Taranaki Todd Velvin berhubung kejadian banjir, penutupan jalan dan pokok tumbang.

Kaitaia, sebuah bandar berhampiran puncak Pulau Utara, terputus akibat banjir dan tanah runtuh, dan kira-kira 400 rumah terputus bekalan elektrik di bahagian utara.

Pakar berkata perubahan iklim yang didorong oleh aktiviti manusia meningkatkan keamatan dan kekerapan kejadian cuaca ekstrem, seperti gelombang panas, kemarau dan banjir. – AFP, 19 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen