KKM lapor 4,071 kes baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 4,75 juta kes sejak pandemik melanda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Ogos, 2022.

SEBANYAK 4,071 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 3,516 yang dicatat pada Rabu, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4.75 juta kes sejak pandemik melanda.

Selangor paling tinggi catat angka harian semalam iaitu 1,456 kes, diikuti Kuala Lumpur (728) dan Negeri Sembilan (320).

Manakala di negeri-negeri lain, 281 kes di Sabah, Perak (275), Sarawak (182), Melaka (152), Pulau Pinang (143), Johor (117), Pahang (100), Kedah (91), Kelantan (77), Putrajaya (74), Terengganu (59), Labuan (10) dan Perlis (6).

Semalam juga sebanyak tujuh kematian akibat Covid-19 dicatatkan, dengan satu daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BOD), menjadikan jumlah kematian setakat ini 36,124 orang, menurut data KKM.

Tiga kematian direkodkan Selangor; manakala Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing satu kes.

Jumlah kes aktif semalam pula turunsebanyak 40,826 berbanding 41,701 pada Rabu.

Seramai 1,542 pesakit Covid-19 dirawat di hospital semalam. Daripada jumlah itu, 81 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 45 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 19 Ogos, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen