Najib tamatkan khidmat firma guaman Zaid Ibrahim, rayuan diteruskan


Noel Achariam

Ketua peguam bela Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan yang Najib Razak memecat anggota pasukan peguamnya daripada Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Ogos, 2022.

PERBICARAAN rayuan kes SRC International Najib Razak bermula pagi ini di Mahkamah Persekutuan dengan berita bekas perdana menteri itu menamatkan perkhidmatan peguamn baharunya.

Ketua peguam bela Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima hakim yang Najib memecat anggota pasukan peguamnya daripada Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners.

Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavarnam, yang merupakan sebahagian daripada pasukan peguam Najib, tidak berada di mahkamah pagi ini.

Bagaimanapun Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan prosiding diteruskan, dengan timbalan pendakwa raya V Sithambaram menyambung semula hujahan lisannya terhadap rayuan Najib.

Hisyam kekal duduk di mahkamah bersama dua peguam lain.

Semalam Mahkamah Persekutuan menolak permintaan Hisyam untuk berhenti daripada mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya.

Tengku Maimun berkata mahkamah ada kuasa budi bicara untuk membenarkan atau menolak permohonan tersebut.

“Kami memberikan arahan dan alasan kami.

“Kami berpendapat peguam tidak menunjukkan alasan untuk menarik diri. Kami menolak permintaannya untuk menarik diri. Beliau masih dalam rekod sebagai peguam utama,” katanya. – 19 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen