15 maut, 37 cedera kemalangan bas di Maghribi


Sebuah bas terbalik di lebuh raya di wilayah tengah Maghribi pada Rabu, mengorbankan 15 orang manakala 37 lagi cedera. – Gambar AFP, 18 Ogos, 2022.

SERAMAI 15 orang terkorban, manakala 37 lagi cedera apabila sebuah bas terbalik di wilayah tengah Maghribi pada Rabu, lapor Xinhua memetik agensi berita rasmi MAP.

Bas itu dalam perjalanan dari Casablanca ke wilayah Azilal, dilaporkan terbalik ketika melalui selekoh berhampiran bandar Khouribga di tengah Maghribi.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital di wilayah Khouribga untuk menerima rawatan.

Siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan, menurut laporan itu. – Bernama, 18 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen