Sepanyol, Portugal bergelut kawal kebakaran hutan


Kira-kira 300 anggota bomba terpaksa berdepan kebakaran sepanjang malam di tenggara Sepanyol yang setakat ini menyebabkan hampir 10,000 hektar kawasan di kawasan itu terbakar. – Gambar EPA, 17 Ogos, 2022.

SEPANYOL dan negara jirannya, Portugal masih bergelut dalam usaha memadamkan kebakaran hutan semalam dengan tiga individu cedera parah selepas keretapi dinaiki mereka bertembung dengan kebakaran.

Kira-kira 300 anggota bomba terpaksa berdepan kebakaran sepanjang malam di tenggara Sepanyol yang setakat ini menyebabkan hampir 10,000 hektar kawasan di kawasan itu terbakar dan semua akses tertutup, kata pihak berkuasa.

Kebakaran bermula apabila petir menyambar di kawasan Vall de Ebo di Valencia pada Sabtu dan sejak itu merebak dengan pantas, apatah lagi dengan keadaan angina kuat, menyebabkan lebih 1,500 penduduk terpaksa dipindahkan.

“Pada masa ini, kira-kira 9,500 hektar kawasan terbakar dalam perimeter 65km,” kata ketua wilayah Ximo Puig.

“Ia keadaan yang sangat rumit. Kebakaran ini mencetuskan kesukaran dan mustahil dipadamkan dengan tempoh cepat seperti kita harapkan.”

Operasi memadam kebakaran itu turut dibantu 24 pesawat dan helikopter.

Pasukan bomba turut dikerah ke dua lagi kawasan kebakaran hutan di utara Valencia dengan ratusan anggota lain dan 10 pesawat bomba bertugas dalam operasi itu. – AFP, 17 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen