MALAYSIA mencatatkan 3,429 kes baharu Covid-19 semalam, peningkatan jumlah berbanding 2,437 kes yang dilaporkan sehari sebelum ini.
Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 4,741,413.
Menurut portal CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat sembilan kematian akibat virus dilaporkan semalam, dengan satu diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
Selangor dan Pahang masing-masing mencatatkan dua kematian, manakala Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing satu.
Jumlah kematian keseluruhan adalah 36,102.
Selangor dan Kuala Lumpur terus melaporkan jumlah kes terbanyak dengan masing-masing 1,082 dan 676 jangkitan.
Sabah melaporkan 273 kes, Negeri Sembilan (221), Perak (212), Sarawak (159), Melaka (151), Johor (129), Kedah (123), Kelantan (113), Pulau Pinang (94), Pahang (70) , Terengganu (55), Putrajaya (54), Labuan (12) dan Perlis (5).
Kes aktif menurun kepada 40,741 semalam apabila sebanyak 4,882 pesakit pulih daripada penyakit itu.
Antara kes aktif, 39,062 (95.9%) menjalani kuarantin di rumah, 32 (0.1%) di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah, dan 1,563 (4%) di hospital.
Terdapat 84 pesakit dalam rawatan rapi, 58 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 17 Ogos, 2022.

Komen