Sukan Tentera Antarabangsa 2022 di Rusia buka tirai


Sukan Tentera Antarabangsa 2022 di Rusia berlangsung dari 13 hingga 27 Ogos, disertai 12 negara, termasuk China, Rusia dan Iran. – Gambar EPA, 17 Ogos, 2022.

MAJLIS perasmian Sukan Tentera Antarabangsa 2022 berlangsung di taman patriotik tentera Patriot di Moscow pada Isnin, lapor Xinhua.

Presiden Rusia Vladimir Putin, diiringi Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu, menghadiri majlis perasmian itu dan menyampaikan ucapan.

Sukan Tentera Antarabangsa 2022 berlangsung dari 13 hingga 27 Ogos, disertai 12 negara, termasuk China, Rusia dan Iran. Lebih 270 pasukan dari 37 negara dan wilayah dijangka bersaing dalam temasya tersebut.

Penganjuran temasya sukan yang dimulakan oleh Kementerian Pertahanan Rusia itu, menjadi platform antarabangsa untuk tentera bertukar pengalaman dan mengukuhkan kerjasama. – Bernama, 17 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen