PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky, rakan sejawatnya dari Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dijadualkan bertemu di Ukraine esok, kata PBB.
Guterres akan melawat bandar pelabuhran Odessa pada Jumaat – satu daripada tiga pelabuhan yang baru-baru ini dipersetujui untuk beroperasi mengeksport bijirin keluar dari negara dilanda perang itu – untuk dibawa ke Turkiye.
Kapal pertama ditempah PBB membawa bijirin berlepas dari Ukraine semalam menuju ke Afrika, susulan perjanjian dimeterai antara Turkiye dan PBB bagi menyelesaikan krisis makanan dunia.
Kapal itu berlepas dari pelabuhan Pivdennyi menuju ke Djibouti untuk penghantaran ke Ethiopia, kata kementerian infrastruktur Ukraine.
Ukraine sebelum ini berkata ia berharap dua atau tiga lagi penghantaran sama akan dilakukan dalam masa terdekat.
Ukraine dan Russia, dua pengeksport bijirin terbesar dunia, bersetuju dengan urus niaga diuruskan PBB dan Turkiye bulan lalu bagi membuka semula sekatan penghantaran bijirn di Laut Hitan selepas pencerobohan Russia.
“Atas jemputan presiden Zelensky, setiausaha agung PBB akan berada di Lviv esok bagi menghadiri mesyuarat tiga penjuru bersama presiden Turkiye dan pemimpin Ukraine,” kata jurucakap Guterres di New York. – AFP, 17 Ogos, 2022.
Komen