SEBANYAK 2,437 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, turun selama dua hari berturut-turut, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,737,984 kes sejak pandemik melanda.
Kuala Lumpur paling tinggi catat angka harian semalam iaitu 560 kes, diikuti Selangor (491) dan Sabah (252).

Semalam juga sebanyak lapan kematian akibat Covid-19 dicatatkan, dengan dua daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BOD), menjadikan jumlah kematian setakat ini 36,093 orang, menurut data KKM.
Dua kematian direkodkan masing-masing di Johor, Melaka dan Perak; manakala di Pahang dan Pulau Pinang masing-masing satu kes.
Jumlah kes aktif semalam pula turun kepada 42,203 berbanding 43,431 berbanding pada Ahad.
Seramai 1,566 pesakit Covid-19 dirawat di hospital semalam. Daripada jumlah itu, 81 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 50 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 14 Ogos, 2022.
Komen